ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedia menempatkan Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27 ke sebuah sekolah di negeri ini sekiranya mendapat 'pelepasan' dari JPN Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Salmee Said berkata, sehingga kini JPN Kedah tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana dia masih terikat dengan JPN Pulau Pinang.
"Kita masih menunggu jawapan daripada JPN Pulau Pinang mengenai pertukaran guru agama itu dan menjadi harapan kita agar ustazah itu dapat ditukar bertugas ke Kedah dengan secepat mungkin.
"Jika beliau 'dilepaskan' kita akan bantu permudahkan urusan beliau untuk mengajar di mana-mana sekolah bersesuaian di sini dan kita juga tak pasti berapa lama proses pertukaran itu," katanya kepada pemberita pada program Hari Kerjaya, Keusahawanan dan Pendidikan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf. - Bernama
Sumber: Kosmo online
Sumber: Kosmo online
No comments:
Post a Comment