SINGAPURA: Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways Ltd berkata hari ini, pelanggan meminta inovasi dalam pesawat seperti basikal senaman dan realiti maya (VR) santai untuk menghabiskan masa dalam cadangan penerbangan 20 jam tanpa henti dari Sydney ke London.
Syarikat itu menjangka menempah pesawat Airbus SE A350 atau Boeing Co 777X yang berupaya menerbangkan laluan komersial paling jauh dunia akhir tahun ini dengan perkhidmatan pertama bermula pada 2022.
Kumpulan penyelidikan khusus serta tinjauan pelanggan yang pernah merasai pengalaman 17 jam penerbangan tanpa henti dari Perth ke London mendapati, kesihatan dan kesejahteraan berada di tangga teratas pilihan, kata Qantas dalam satu kenyataan,
Katanya, cadangan penumpang termasuk ruang untuk senaman ringan, menyediakan fon kepala tanpa wayar kalis bunyi dan menyediakan kafe dalam penerbangan untuk kedua-dua minuman alkohol dan bukan alkohol serta snek.
“Pelanggan berkongsi idea imaginasi menakjubkan, dianggap cabaran menarik dan membantu kami berfikir di luar kotak untuk mentakrifkan semula pengalaman penerbangan jarak jauh,” kata Pereka Industri Qantas, David Caon.
Bagi penerbangan Perth-London yang bermula tahun lalu, Qantas menawarkan kelas regangan 15 minit di lounge transit sebelum dan selepas penerbangan dengan syarikat melaporkan kadar 80 peratus sementara menu dan lampu kabin juga direka untuk membantu fungsi tubuh.
Pesaingnya, Singapore Airlines Ltd mengambil jenama kesejahteraan, Canyon Ranch bagi menyediakan hidangan sihat serta senaman regangan menerusi sistem hiburan dalaman apabila melakukan hampir 19 jam perjalanan dari Singapura ke New York tahun lalu selepas lima tahun.
Namun kedua-dua penerbangan tidak mewujudkan ruang kabin khas untuk senaman atau lounge dalam penerbangan jarak jauh terkini. -Reuters
No comments:
Post a Comment