Wednesday, 30 January 2019

Khabar Dari Terengganu: Kerbau jadi teman baik Nadia

MHE 2019 catat jualan RM135 juta

MHE 2019 catat jualan RM135 juta: KUALA LUMPUR –Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) melabuhkan tirainya Sabtu lalu dengan hasil jualan bernilai RM135 juta selain 223 sesi padanan perniagaan sepanjang tempoh tiga hari acara itu berlangsung.

Tuesday, 29 January 2019

Perodua sasar jual 231,000 kereta

Perodua sasar jual 231,000 kereta: KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) berjaya menjual 227,243 unit kenderaan pada 2018, angka tertinggi dalam sejarahnya dan kini menyasarkan peningkatan jualan sebanyak empat peratus kepada 231,000 unit menjelang akhir 2019.

Basikal senaman, realiti maya untuk penerbangan 20 jam

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways Ltd berkata hari ini, pelanggan meminta inovasi dalam pesawat seperti basikal senaman dan realiti maya (VR) santai untuk menghabiskan masa dalam cadangan penerbangan 20 jam tanpa henti dari Sydney ke London.
Syarikat itu menjangka menempah pesawat Airbus SE A350 atau Boeing Co 777X yang berupaya menerbangkan laluan komersial paling jauh dunia akhir tahun ini dengan perkhidmatan pertama bermula pada 2022.
Kumpulan penyelidikan khusus serta tinjauan pelanggan yang pernah merasai pengalaman 17 jam penerbangan tanpa henti dari Perth ke London mendapati, kesihatan dan kesejahteraan berada di tangga teratas pilihan, kata Qantas dalam satu kenyataan,
Katanya, cadangan penumpang termasuk ruang untuk senaman ringan, menyediakan fon kepala tanpa wayar kalis bunyi dan menyediakan kafe dalam penerbangan untuk kedua-dua minuman alkohol dan bukan alkohol serta snek.


“Pelanggan berkongsi idea imaginasi menakjubkan, dianggap cabaran menarik dan membantu kami berfikir di luar kotak untuk mentakrifkan semula pengalaman penerbangan jarak jauh,” kata Pereka Industri Qantas, David Caon.
Bagi penerbangan Perth-London yang bermula tahun lalu, Qantas menawarkan kelas regangan 15 minit di lounge transit sebelum dan selepas penerbangan dengan syarikat melaporkan kadar 80 peratus sementara menu dan lampu kabin juga direka untuk membantu fungsi tubuh.
Pesaingnya, Singapore Airlines Ltd mengambil jenama kesejahteraan, Canyon Ranch bagi menyediakan hidangan sihat serta senaman regangan menerusi sistem hiburan dalaman apabila melakukan hampir 19 jam perjalanan dari Singapura ke New York tahun lalu selepas lima tahun.
Namun kedua-dua penerbangan tidak mewujudkan ruang kabin khas untuk senaman atau lounge dalam penerbangan jarak jauh terkini. -Reuters

AS dakwa Huawei langgar sekatan, curi teknologi

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan pertuduhan jenayah terhadap Huawei Technologies Co Ltd, China sekali gus menegangkan lagi hubungan dengan gergasi peralatan telekomunikasi terbesar dunia itu.
Huawei menafikan semua dakwaan salah laku oleh AS itu, beberapa hari saja menjelang perbincangan perdagangan dengan Beijing.
Semalam, Jabatan Kehakiman mendakwa Huawei dan ketua pegawai kewangannya (CFO) berkomplot untuk melanggar sekatan AS ke atas Iran dengan menjalankan perniagaan melalui anak syarikatnya yang cuba disembunyikan.
Dalam satu kes berasingan, Jabatan Kehakiman berkata Huawei mencuri teknologi robotik dari T-Mobile US Inc. Menurut Huawei, pertikaian syarikat-syarikat itu sudah diselesaikan pada 2017.
CFO Huawei, Meng Wanzhou yang juga anak perempuan kepada pengasas Huawei, ditahan di Vancouver pada 1 Disember. Susulan itu, China bertindak balas menahan dua warga Kanada atas alasan keselamatan negara.
Wanzhou menafikan sebarang salah laku dan dijangka hadir di mahkamah hari ini untuk membincangkan perubahan kepada syarat ikat jaminnya.
Memetik kenyataan Jabatan Kehakiman Kanada kelmarin, penyiar awam CBC melaporkan bahawa AS secara rasmi sudah memohon ekstradisi beliau.
Huawei yang kecewa dengan dakwaan terbabit berkata pihaknya cuba berbincang dengan pihak berkuasa AS namun permintaan itu ditolak tanpa sebarang penjelasan.
Kementerian luar negeri China turut menyatakan kebimbangannya dan mendesak AS membatalkan waran tangkap dan menamatkan penindasan yang tidak munasabah ke atas syarikat China.
Perkembangan itu mungkin mengganggu rundingan antara Beijing dan Washington minggu ini kerana sebahagian daripada tujuan rundingan adalah untuk meredakan ketegangan perdagangan antara dua negara ekonomi terbesar di dunia itu.
Presiden AS, Donald Trump, berkata Disember lalu beliau boleh campur tangan dalam kes Wanzhou jika ia akan memenuhi kepentingan keselamatan negara atau membantu mencapai perjanjian perdagangan dengan China. - Reuters

Sunday, 27 January 2019

Penguatkuasaan atau rakyat lemah?

MUKADIMAH
Dakwaan harga barang turun dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) belum pun nampak hasilnya. Atau mungkin tidak akan turun sampai bilabila.
Di mana silapnya? Adakah dengan mengembalikan SST ia secara tidak langsung membolehkan ada pihak tertentu ambil kesempatan dan rakyat masih menanggung beban kos sara hidup. 
 
Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati indeks makanan dan minuman bukan alkohol di negara ini meningkat 0.7 peratus pada Disember 2018 berbanding setahun lalu.
Wartawan Utusan Malaysia, ZUNAIDAH ZAINON mendapatkan pandangan Timbalan Presiden, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), SAIZOL ISMAIL yang juga Pengarah Urusan Firma JTB Partners Sdn. Bhd. mengenai perkara ini.
 
Terdapat kebimbangan mengenai kes penipuan cukai akan meningkat apabila SST dilaksanakan dengan peniaga ambil kesempatan dan harga barang tidak turun. Bagaimana ia boleh dielakkan, adakah kita perlukan satu penguatkuasaan undang-undang baharu atau sebaliknya?
Saizol Ismail: Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cukai barang dan perkhidmatan (GST) mahupun SST, tetap wujud kelompok yang akan mengambil kesempatan. Saya tidak fikir kita perlukan satu undang-undang baharu, sebaliknya kuat kuasakan undang-undang sedia ada secara konsisten. Kita telah ada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang digubal sebagai persediaan sebelum GST beberapa tahun dahulu.
Rakyat yang juga pengguna belum dilihat memainkan pe­ranan sebenar dalam memben­dung masalah ini. Saya lihat, mereka yang berkemampuan kurang sensitif dengan perubahan harga, manakala mereka yang miskin, walau mereka me­rasa tempias ini, mereka kurang maklumat untuk akses walaupun pelbagai saluran disediakan terutama melalui aplikasi dan media.
Apakah taktik yang digunakan oleh mereka untuk menipu cukai?
Kebanyakan peniaga me­ngambil kesempatan daripada kelompongan sistem yang ada. Seingat saya seawal GST dahulu, kerajaan cukup mudah memulangkan kembali tuntutan GST. Namun, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak menipu dengan membuat tuntutan palsu hingga menyebabkan kerugian di pihak kerajaan mencecah berjuta-juta ringgit.
SST pula secara asasnya mudah difahami sebagai cukai satu peringkat di pihak pengilang bagi cukai jualan. Perkara yang menjadi perhatian sebaik SST diperkenalkan kembali antara­nya isu pindahan harga, apa yang dimaksudkan ialah bagaimana peniaga mengambil kesempatan dengan memanipulasi pe­netapan harga antara syarikat ter­utama syarikat berkaitan.
Lebih mudah difahami adalah kadar harga yang tidak sama berbanding layanan andai berurusan dengan pihak lain. Saya bagi contoh, sekiranya Syarikat A menjual sesuatu produk kepada Syarikat B, yang mana produk tersebut digunakan oleh syarikat B untuk menghasilkan produk-produk lain. Syarikat A boleh sahaja melaporkan produknya pada harga berlainan (kebiasaannya lebih rendah) daripada nilai dijual kepada pasaran. Bila harga yang dilaporkan adalah rendah secara mudah cukai dibayar juga rendah.
Ini bermakna ia antara faktor sebabkan harga barang tidak turun?
Dari sisi lain, penipuan ini wujud kerana ‘niat baik’ peniaga untuk kekalkan harga barang tapi dalam masa sama mereka tidak mahu keuntungan terjejas. Kesannya akan kembali kepada kerajaan akibat kehilangan hasil. Kita semua akui elemen cukai antara faktor kepada harga barang. Semasa GST sebelum ini, secara teknikal ia dikatakan bukan kos kepada perniagaan. Saya setuju. Namun, bila proses ini tidak berlaku sebagai mana sepatutnya terutama peniaga kecil, secara tidak langsung ia bertukar menjadi kos dan me­ningkatkan harga barang.
Saya yakin dengan perkembangan sistem sekarang, terma­suk maklumat dan data-data sistem GST dahulu, sedikit sebanyak akan membantu pihak berwajib seperti Kastam membuat analisis dan perban­dingan. Syarikat pun lebih berhati-hati dalam laporan mereka dan saya percaya secara tidak langsung kerugian serta keinginan untuk membuat salah laku sebagai mana sebelum ini mampu dikurangkan.
Adakah undang-undang dan penguatkuasaan kita lemah atau kerajaan ‘terlepas pandang’ hingga ada pihak ambil kesempatan?
Saya berpandangan undang-undang percukaian di negara kita sudah cukup baik. Namun, dalam apa jua pelaksanaan sistem, pendekatan sederhana mesti ada supaya impak dan beban tidak terlalu dirasai oleh industri hingga memberi kesan sebaliknya terutama peniaga kecil. Bila kita terlalu perketatkan garis panduan tertentu dari sudut pelaksanaan, impak ke­tara yang saya lihat adalah pe­ringkat PKS. Perniagaan mereka mungkin masih kecil, mereka juga tiada kemahiran dan tenaga kerja secukupnya untuk berhadapan dengan hal-hal pematuhan. Tetapi, dalam masa sama dari sudut perundangan, mereka tergolong dalam kelompok yang mewajibkan pematuhan ini.
Benarkah perkara ini berlaku disebabkan akauntan tidak berintegriti?
Persoalan integriti, perkara ini cukup kami jaga. Bersekongkol dalam perkara ini bagi saya um­pama meletak tali untuk menggantung leher sendiri. Sebagai akauntan serta perun­ding percukaian, kami akan membuat teguran dan panda­ngan terhadap sesuatu isu dan masalah, penyelesaian dan kaedah menurut peruntukan dan garis panduan perundangan. Namun, untuk memastikan pandangan dan teguran kami diikuti, adalah sesuatu di luar kawalan.

Sumber: Utusan Online

Teknologi 5G China ancam kedaulatan digital negara - Daim

Teknologi 5G China ancam kedaulatan digital negara - Daim: KUALA LUMPUR 22 Jan. - Hasrat syarikat telekom gergasi dari China, Huawei untuk membina infrastruktur 5G di Malaysia dilihat menjadi satu ancaman kepada kedaulatan digital negara berikutan pelbagai risiko maklumat peribadi terdedah kepada pihak luar.

Guru ziarah rumah murid cemerlang, bermasalah

PUTRAJAYA 25 Jan. - Program Ziarah Cakna oleh Kementerian Pendidikan yang akan diadakan di seluruh negara bermula Ahad ini akan memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga.
Menerusi inisiatif tersebut, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, amalan ziarah guru ke rumah murid terpilih untuk menyantuni golongan ibu bapa atau penjaga mereka akan dijalankan sepanjang tahun.
"Sebelum ini program ziarah seperti ini bukan teras dan pihak sekolah menziarahi rumah murid yang bermasalah tetapi dalam konteks baharu, kita mahu mengetengahkan nilai saling hormat serta budaya kasih sayang.
"Oleh itu, bukan murid bermasalah sahaja diziarahi tetapi kita ziarah atas dasar berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amin memberitahu, Program Ziarah Cakna akan menjadi platform bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid, memahami latar belakang keluarga murid dan berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.
Kata beliau, program berkenaan akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.
"Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan murid," katanya.
Tambah beliau, majlis pelancaran Program Ziarah Cakna Ahad ini akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Kluang, Johor dan akan digerakkan secara rasmi di enam lokasi lain.
"Lokasi-lokasi tersebut adalah Langkawi, Kedah; Pasir Mas, Kelantan; Kulai, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Hulu Langat, Selangor," katanya. - UTUSAN ONLINE

Guru ziarah rumah murid cemerlang, bermasalah

PUTRAJAYA 25 Jan. - Program Ziarah Cakna oleh Kementerian Pendidikan yang akan diadakan di seluruh negara bermula Ahad ini akan memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga.
Menerusi inisiatif tersebut, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, amalan ziarah guru ke rumah murid terpilih untuk menyantuni golongan ibu bapa atau penjaga mereka akan dijalankan sepanjang tahun.
"Sebelum ini program ziarah seperti ini bukan teras dan pihak sekolah menziarahi rumah murid yang bermasalah tetapi dalam konteks baharu, kita mahu mengetengahkan nilai saling hormat serta budaya kasih sayang.
"Oleh itu, bukan murid bermasalah sahaja diziarahi tetapi kita ziarah atas dasar berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amin memberitahu, Program Ziarah Cakna akan menjadi platform bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan murid, memahami latar belakang keluarga murid dan berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.
Kata beliau, program berkenaan akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.
"Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan murid," katanya.
Tambah beliau, majlis pelancaran Program Ziarah Cakna Ahad ini akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Kluang, Johor dan akan digerakkan secara rasmi di enam lokasi lain.
"Lokasi-lokasi tersebut adalah Langkawi, Kedah; Pasir Mas, Kelantan; Kulai, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Hulu Langat, Selangor," katanya. - UTUSAN ONLINE

Wajib sekolah hingga tamat SPM

KULAI 27 Jan. - Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.
Beliau berkata, Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.
‘‘Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Penidikan Daerah Kulai, hari ini.
Nie Ching berkata, program tersebut adalah lanjutan dari program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan sejak Julai 2018 yang bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi sesuatu keluarga yang menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri sesi persekolahan.
‘‘Mungkin dengan cara ini (Ziarah Cakna) kita dapat berjumpa ibu bapa dan memahami masalah mereka.
‘‘Ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak untuk bersekolah pada umur tujuh tahun, kita boleh ambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa dengan cara ini, guru-guru dan pemimpin tempatan dapat turun melawat ibu-bapa di rumah dan memahami masalah dihadapi mereka dan merangka tindakan yang boleh diambil,’’ katanya.
Nie Ching menambah, pihak­nya juga boleh mengenal pasti bantuan yang perlu disalurkan kepada ibu bapa ini sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kembali sistem pengasingan kelas bagi murid-murid sekolah.
Menurutnya, Ujian Kemasukan Tahun Satu telahpun dimansuhkan kerana kerajaan percaya ia adalah terlalu awal untuk melabel murid sekolah.
‘‘Kita harap kita dapat beri peluang yang sama kepada anak-anak ini. Dan di Finland, walaupun tanpa sistem pengasingan kelas, sistem pendidikan mereka adalah yang paling cemerlang dan jurang di antara murid-murid sekolah adalah yang paling kecil,’’ jelasnya. - BERNAMA

Saturday, 26 January 2019

Pementasan teater klasik asli Aswara

Pementasan teater klasik asli Aswara: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sebuah institusi yang tidak asing lagi di negara ini yang mengetengahkan pendidikan seni kreatif dalam kalangan generasi baharu dalam usaha memartabatkan kesenian dan warisan budaya.

Hanya seorang murid tahun satu di SK Cikgu Mior Shaharuddin

Hanya seorang murid tahun satu di SK Cikgu Mior Shaharuddin: PARIT 2 Jan. - Hanya seorang murid tahun satu memulakan sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin, Bota dekat sini.

Burger Jamil bertahan 27 tahun

Burger Jamil bertahan 27 tahun: PERNIAGAAN Jamil Special Burger (JSB) membanggakan pemiliknya apabila mampu bertahan selama 27 tahun. Gerai burger milik Mohd. Jamil Ismail, 44, ini terletak di pekan Jelapang, Ipoh, Perak.

Tekad jual rojak, cendol

Tekad jual rojak, cendol: BIARPUN berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains Robotik, namun kepakaran dalam bidang tersebut tidak pernah digunakannya. Sebaliknya pemilik Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kecerdasan Buatan UiTM, strongRaja Ezham Shariffuddin Raja Zolkiply,/strong 38, tekad menceburi bidang perniagaan makanan dengan menjual rojak dan cendol.

Empangan runtuh di Brazil

Empangan runtuh di Brazil: BRASILIA 26 Jan. - Pasukan penyelamat Brazil bertungkus lumus mencari kira-kira 300 orang yang dilaporkan hilang dalam insiden empangan runtuh di sebuah lombong bijih besi di tenggara negara ini, semalam.

Friday, 25 January 2019

Gelaran, kedudukan tidak ubah keperibadian Al-Sultan Abdullah

Gelaran, kedudukan tidak ubah keperibadian Al-Sultan Abdullah: TEMERLOH 25 Jan. - Pertama kali bertemu rakyat selepas diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, gerak-geri dan pendekatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semasa berhadapan dengan mereka hari ini masih sama.

Thursday, 24 January 2019

OKU hasilkan lukisan RM1,000 guna kaki

OKU hasilkan lukisan RM1,000 guna kaki: KUALA NERUS 23 Jan. - Seorang pelukis istimewa yang dilahirkan tanpa ke­dua-dua belah tangan, Razali Rohani, 36, tidak menyangka hasil karyanya yang bertemakan pemandangan mampu terjual hingga RM1,000 sekeping.

Suratan Al-Sultan Abdullah

Suratan Al-Sultan Abdullah: DIANGKAT sebagai Tengku Mahkota selama 44 tahun, dua kali menjadi Pemangku Raja Pahang dan dua minggu berada di singgahsana takhta kesultanan Pahang seterusnya dilantik sebagai ketua negara berkuat kuasa 31 Januari ini.

Wednesday, 23 January 2019

[VIDEO] Nerfetiti cekal walaupun ditipu berkali-kali

[VIDEO] Nerfetiti cekal walaupun ditipu berkali-kali: KUALA LUMPUR 14 Jan. - Namanya NERFETITI diambil sempena nama isteri Raja Firaun tetapi bagi anak jati Kuala Lumpur, Nerfetiti Ahmad Nordin adalah seorang usahawan wanita yang berhati cekal.

Kecekalan dalam membina empayar perniagaan sesungguhnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Tuesday, 22 January 2019

WhatsApp hadkan penyebaran mesej

WhatsApp hadkan penyebaran mesej: SAN FRANCISCO, California



Bagus juga..Sekurang-kurangnya menyekat penyebaran fitnah dan penipuan yang berleluasa.

[VIDEO] Jadi usahawan pada usia remaja

[VIDEO] Jadi usahawan pada usia remaja: Melayari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter yang ada pada zaman serba canggih ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan anak-anak remaja.

2 beradik hilang ditemui selamat

2 beradik hilang ditemui selamat: KOTA BHARU 22 Jan. - Dua beradik perempuan berusia sembilan dan 12 tahun yang keluar rumah untuk bertemu bapa mereka sejak Ahad lalu ditemui di Narathiwat, Thailand hari ini.
Terharu membaca kisah dua beradik ini.Demi kasih sayang dan rindu pada ayah nekad ke mengambil risiko ke negara jiran dengan hanya berbekalkan duit tabung yang tidak seberapa.

'Gadis Kerbau Pink' tidak rela berpisah dengan Awang

'Gadis Kerbau Pink' tidak rela berpisah dengan Awang: KUALA NERUS - Bagi Nadia berada di samping Awang memberikannya satu  ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa.

Lesen muzik tidak dikenakan untuk majlis di rumah, kampung

Lesen muzik tidak dikenakan untuk majlis di rumah, kampung: KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kadar bayaran sebanyak RM600 yang dikenakan untuk lesen muzik oleh Music Rights Malaysia Berhad (MRM) bertujuan pembayaran royalti kepada pihak tertentu.

SUV akhirnya berjaya dinaikkan dari laut Jambatan P. Pinang pukul 5.50 petang

SUV akhirnya berjaya dinaikkan dari laut Jambatan P. Pinang pukul 5.50 petang: PULAU PINANG 22 Jan. - Selepas lebih dua hari terjunam ke dalam laut di bawah Jambatan Pulau Pinang, kenderaan SUV Mazda CX-5 akhirnya berjaya dinaikkan kira-kira pukul 5.50 petang tadi.

Pemandu Suv Dikenalpasti

https://youtu.be/w9Qv3Yrn6gE

Sunday, 20 January 2019

Pemandu Toyota Vios terlibat kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang positif ganja

Pemandu Toyota Vios terlibat kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang positif ganja: PULAU PINANG 21 Jan. - Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut didapati positif dadah jenis ganja.

Kereta terhumban di jambatan Pulau Pinang

https://youtu.be/qh_PkLTdmsk

Lesen muzik majlis keraian, kenduri keterlaluan

Lesen muzik majlis keraian, kenduri keterlaluan: KUALA LUMPUR 19 Jan. – Tindakan mengenakan lesen muzik sebanyak RM600 daripada Music Right Malaysia (MRM) bagi semua majlis keraian atau perkahwinan disifatkan ke­terlaluan, tamak dan dianggap mengambil kesempatan.

Saturday, 19 January 2019

JPN Kedah sedia tempatkan Ustazah Nur Farhana

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Kedah sedia menempatkan Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27 ke sebuah sekolah di negeri ini sekiranya mendapat 'pelepasan' dari JPN Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Salmee Said berkata, sehingga kini JPN Kedah tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana dia masih terikat dengan JPN Pulau Pinang.  
"Kita masih menunggu jawapan daripada JPN Pulau Pinang mengenai pertukaran guru agama itu dan menjadi harapan kita agar ustazah itu dapat ditukar bertugas ke Kedah dengan secepat mungkin.
"Jika beliau 'dilepaskan' kita akan bantu permudahkan urusan beliau untuk mengajar di mana-mana sekolah bersesuaian di sini dan kita juga tak pasti berapa lama proses pertukaran itu," katanya kepada pemberita pada program Hari Kerjaya, Keusahawanan dan Pendidikan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf. - Bernama

Sumber: Kosmo online

Friday, 18 January 2019

Mengembalikan kasut seperti baharu

Dahi Muhammad Aswad Asri yang berkerut jelas menunjukkan dirinya gundah gulana. Mana tidaknya, kasut berjenama Vans yang dipakainya telah termasuk ke dalam lopak air berkeladak di bahu Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Kasut yang baru dibelinya empat hari lalu itu tidak lagi kelihatan cantik.
Kasutnya tidaklah mahal, namun warna asal kasut itu yang putih kini sudah tidak menawan hatinya. Tambahan pula Muhammad Aswad adalah seorang pembersih dan tidak boleh melihat sesuatu yang kotor membaluti tubuhnya.
Dalam keadaan runsing, Muhammad Aswad, 26, segera membuka aplikasi Instagram pada telefon pintarnya. Selepas dua minit membelek aplikasi itu, dia menemukan penyelesaian kepada masalahnya ketika itu.
Keretanya kemudian dipandu menuju ke lokasi pusat cucian kasut itu yang terletak di Jalan Liew Weng Chee, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Saya merupakan seorang pemandu Grab sepenuh masa dan penampilan yang kemas serta bersih adalah menjadi keutamaan. Ini kerana, saya berdepan dengan banyak penumpang dalam sehari dan penampilan umpama cerminan keperibadian saya.
“Jadi apabila kasut yang dipakai nampak kotor, saya perlu terus bersihkan ia sebelum mengambil pelanggan baharu. Hasil pencarian di media sosial, saya telah menemui sebuah spa baik pulih kasut di ibu kota yang boleh menyelesaikan masalah saya dalam kadar segera. Hanya dalam tempoh kira-kira 30 minit, kasut saya sudah bersih dan sedia dipakai kembali,” katanya mengimbas tentang pengalamannya menggunakan perkhidmatan itu ketika ditemui kru K2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mendapatkan khidmat spa membaik pulih kasut merupakan antara trend anak muda mutakhir ini terutamanya dalam kalangan yang mementingkan penjagaan sepatu seiring kepesatan komuniti penggemar-penggemar kasut sneaker.
Kompleks
Spa sebegitu menawarkan perkhidmatan restorasi kasut secara menyeluruh meliputi mencuci, menyegar, memperbaiki koyak atau tanggal dan mewarna untuk pelanggan yang mahu mencantikkan atau mengubah warna kasut. Tidak hairanlah jika ia boleh mengembalikan kondisi kasut anda seperti baharu.
Cypherzsneakerslab Spa di Jalan Liew Weng Chee merupakan antara spa yang menawarkan perkhidmatan sebegitu.
Baru sahaja dibuka pada awal Oktober lalu, pakar dalam pembersihan dan restorasi kasut ini pantas menjadi bualan anak muda ibu kota.
Malah, mereka turut menjual barangan penjagaan kasut seperti berus cucian kasut pada harga yang berpatutan bagi pelanggan yang ingin membersihkan kasut mereka sendiri di rumah.
Pengasasnya, Mohd. Fakhrul Izhar Abd. Ghaffar, 33, menjelaskan, idea untuk membuka pusat sehenti kasut ini tercetus selepas melihat rakan-rakannya menyuarakan keluhan amat sukar untuk membersihkan kotoran pada bahagian kasut.
“Kasut yang kita gunakan setiap hari itu sebenarnya adalah merupakan satu binaan yang kompleks dan apabila ia kotor, sukar untuk dibersihkan terutamanya pada bahagian yang sempit ataupun di celah-celah jahitan.
“Malah, ada juga kawan-kawan yang menganggap cucian kasut tidak penting seperti mencuci pakaian, justeru aktiviti membersihkan kasut amat jarang mereka lakukan,” kongsinya.
Kepuasan
Tambah Mohd. Fakhrul Izhar, syarikatnya menyediakan perkhidmatan membaik pulih atau restorasi kasut terutamanya bagi mereka yang ingin menukar warna kasut ataupun menghilangkan kesan kuning yang selalu terjadi pada kasut berwarna putih.
“Khidmat seperti ini menjadi keutamaan di Cypherzsneakerslab Spa kerana agak payah untuk pelanggan melakukannya di rumah. Malah, peralatan yang diperlukan amat mahal dan sukar untuk dicari. Jadi lebih baik mereka menghantar kasut mereka ke sini sahaja.
“Untuk menyelesaikan masalah ini juga memerlukan kepakaran dan teknik yang betul. Jika tiada kemahiran yang diperlukan, mungkin hasil restorasi kasut yang dilakukan tidak memuaskan,” katanya.
Mohd. Fakhrul Izhar berkata, rata-rata pelanggannya semenjak spa itu dibuka adalah dalam kalangan belia.
“Golongan ini selalunya memastikan kasut mereka sentiasa nampak bersih dan segar. Minat terhadap kasut jenis sneaker juga amat mendalam, jadi tidak hairanlah mereka kerap menghantar kasut ke sini,” tambahnya.
Fakhrul Izhar berpandangan, perkhidmatan yang bagus memerlukan modal dan komitmen yang tinggi agar kepuasan pelanggan dapat diutamakan.
Oleh itu, bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, mereka perlu menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk menjamin kepuasan pelanggan mereka.
Hal demikian adalah kerana ia akan menjanjikan hasil cucian ataupun restorasi yang menakjubkan, sekali gus membuat pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.
“Kelengkapan yang kami gunakan tidak mudah untuk didapati dan memang tiada dijual dalam negara. Kualiti yang dihasilkan menjanjikan hasil yang terbaik, jadi kami memilih untuk menggunakan barangan import untuk kepuasan pelanggan kami.
“Dari bahan pencuci termasuklah pewarna, kami menggunakan bahan yang diimport khas dari Amerika Syarikat,” katanya.
Kesegaran
Pembantu Cypherzsneakerslab Spa, Khairul Nizam Map Room, 22, berkata, bagi tugas untuk proses mencuci kasut, ia dimulakan dengan pembersihan kering bagi membuang habuk atau pasir.
“Kemudian keseluruhan permukaan kasut akan digosok menggunakan berus bulu kuda dan pencuci khas sehingga tiada kotoran sebelum ia dijemur dan dikeringkan.
“Apabila kasut yang dibersihkan sudah kering, ia akan disembur dengan sedikit pewangi agar dapat mengembalikan kesegaran seperti baru dibeli. Kemudian ia akan dimasukkan ke dalam plastik bagi mengekalkan kebersihannya sebelum dipulangkan kepada pelanggan,” ujar Khairul Nizam.
Jelasnya, keseluruhan proses mencuci hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit dan ia sudah boleh dipulangkan kembali kepada pelanggan.
Biarpun kasut mungkin dianggap hal kecil bagi sesetengah orang, namun Khairul Nizam menganggap tugas yang diamanahkan pelanggan adalah satu tanggungjawab yang besar.
“Kami akan pastikan setiap kasut yang dihantar oleh pelanggan siap pada masa yang ditetapkan. Namun, itu tidak bermakna kami boleh melakukan kerja itu dalam keadaan sambil lewa,” katanya.
Bukan sahaja tubuh badan manusia dimanjakan di spa, kini kasut juga ‘dibelai’ di spa tersendiri yang menawarkan khidmat menyeluruh seperti mencuci, menyegar, membaiki dan mencantikkannya.
Kosmo Online

Syukur masih ada kerja meskipun tidak bergaji mewah

Mendengar khabar duka daripada dua sahabat yang membina kerjaya masing-masing dalam bidang hospitaliti dan bidang peruncitan baru-baru ini membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang meskipun tidak mewah danbergaji besar.
Menurut Mus dalam Kumpulan WhatsApp rakan sekolah, dia meluahkan rasa bimbangnya untuk berdepan dengan cabaran masa depan apabila baru menerima notis pemberhentian kerja ekoran syarikatnya yang berdepan dengan masalah kewangan bakal menutup operasi.
“Kami akan bekerja sampai bulan Mac ini, Insya Allah ada rezeki kami nanti di tempat lain” jawabnya ringkas.
Dia telah berkhidmat selama 23 tahun dalam syarikat tersebut dengan membina kehidupan yang baik bersama ahli keluarganya di Shah Alam, Selangor selain mampu membeli aset untuk pelaburan masa depan.
Meskipun anak-anaknya telah dewasa dan bekerja tetapi umurnya yang belum mencecah 50-an masih bertenaga untuk bekerja kerana pejabat telah menjadi rumah keduanya selain rakan-rakan kerja menjadi saudara terdekat yang dapat menceriakan kehidupan Mus saban hari.
Pastinya, Mus pasti kalut ketika ini memikirkan masa depannya untuk menguruskan segala perbelanjaan ha­rian, komitmen bulanan bagi pembiayaan kereta, rumah dan tabungan masa depan.
Nasib Mus turut dirasai oleh seorang lagi rakan sekolah saya, Ros yang terlibat dalam bidang peruncitan.
Dia telah membuka sebuah rangkaian menjual pelbagai pakaian muslimah lengkap dari hujung kaki hingga hujung rambut di sebuah pusat beli-belah utama di Shah Alam.
Tekanan kos sewa kedai yang tinggi tetapi tidak di sokong dengan jualan yang bertambah setiap bulan membebankan bajet bulanannya.
Ini kerana kunjungan pe­ngunjung semakin berkura­ngan dan membuatkan Ros mula mengintai peluang mencari tapak niaga lain yang lebih murah di lokasi strategik.
Ros sudah merisik beberapa lokasi menarik di pusat beli-belah di sekitar Shah Alam tetapi masalahnya kini ialah kos sewa yang terlalu tinggi.
“Sejak kerajaan bertukar tangan, kami peniaga kecil terasa tempiasnya daripada keadaan ekonomi yang lembap,” jelasnya.
Barang keperluan harian, bahan mentah di pasar apatah lagi makanan juga bertambah mahal harganya.
Pelanggan juga memiliki kurang kuasa beli dan jika mahu membeli-belah, ia akan sibuk bila tiba musim-musim tertentu.
“Disebabkan itu, saya terpaksa membuat promosi yang lebih agresif dalam internet.
“Tetapi persaingan se­ngit dalam industri online menyebabkan saya terpaksa turun padang berniaga di eks­po dan konvokesyen ins­titusi pengajian tinggi,” jelas beliau.
Ini baru dua episod sedih dalam sekumpulan kecil rakyat di negara ini yang terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi ekoran pelbagai faktor ekonomi yang berkaitan dengan isu domestik dan sumber luar negara.
Bagaimana pula dengan nasib golongan kumpulan B40, miskin bandar, pesakit yang tidak boleh bekerja dan menerima rawatan di hospital awam, kumpulan pesara termasuk penganggur dan penduduk kampung yang turut menghadapi masalah kewangan.
Buat mereka yang masih bekerja tidak kiralah di sektor awam dan swasta, teruskan berkhidmat tanpa terlalu banyak rasa mengeluh dan tidak puas hati.
Banyakkan bersyukur ke­rana kita masih bekerja, gaji masih diterima setiap bulan meskipun nilainya hanya cukup-cukup makan.
Audit diri, semak semula nilai zakat, sedekah, amal jariah yang disumbangkan selama ini.
Hadapi segala cabaran dan masalah di tempat kerja dengan sabar dan solat.
Perbanyakkan mengadu hanya kepada Allah dan bukan di media sosial seperti di Facebook atau Instragram.
Kosmo Online

E-dagang paling banyak dikunjungi

KUMPULAN iPrice mengemas kini Peta E-dagang, kedudukan 50 peniaga e-dagang teratas Malaysia berdasarkan data terkini suku ketiga (Q3) 2018, baru-baru ini. Kedudukan e-dagang adalah berdasarkan data seperti purata lawatan web, kedudukan aplikasi mudah alih, pengikut media sosial dan bilangan pekerja.
Bisness e-dagang yang pa­ling banyak dikunjungi pada suku ketiga 2018 adalah Lazada de­ngan purata 23 juta kunju­ng­an web bulanan diikuti oleh Sho­­pee sebanyak 15 juta dan 11street dengan 7 juta.
#E-dagang yang paling ba­nyak dikunjungi Q3 2018
Membandingkan lawatan web­ bulanan antara lima peniaga e-dagang Malaysia di Q2 dan Q3 2018, Shopee dan 11street meng­alami peningkatan 28 pe­ratus dan 21 peratus dalam kunjungan web bulanan. Pada suku lalu, pemacu trafik web utama ialah MyCyberSale (3-7 September) dan jualan 9.9 (9 September).
Tahun ini, MyCyberSale telah dipimpin oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) dan dianggarkan memperoleh RM370 juta dalam nilai bara­­­ng­an kasar (GMV). Pemain utama yang memacu tempoh jualan dalam talian tempatan adalah peniaga e-dagang utama negara bersama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pada September 2018, Lazada dan Shopee sangat aktif dengan jualan 9.9 (9 September). Ke­dua-dua platform e-dagang itu melancarkan tempoh jualan secara mewah dan mempromosikan ciri perlindungan pengguna tambahan, masa penghantaran yang lebih baik dan memperke­nalkan promosi yang menarik. Kedua-dua pemimpin e-dagang juga melancarkan kempen penjualan di seluruh Asia Tenggara dan mengalami peningkatan dalam kunjungan web pada 9 September dan hari-hari yang berikutnya.
Dengan penggunaan telefon mudah alih yang semakin me­ningkat oleh pengguna hari ini, aplikasi membeli-belah telah memainkan peranan penting dalam pembangunan e-dagang pada Q3 2018. Memimpin musim jualan pada September adalah Shopee dan Lazada, yang mana kedua-dua pemain memperkenalkan tawaran khusus untuk telefon mudah alih untuk meningkatkan penggunaan aplikasi membeli-belah mudah alih masing-masing.
Menurut para ahli, kedudukan aplikasi mudah alih di kedai aplikasi iOS dan Android ditentukan oleh faktor-faktor seperti tajuk aplikasi, jumlah penilaian dan ulasan pengguna.
#Platform E-dagang Terbaik di Malaysia
Platform e-dagang tempatan yang paling banyak dilawati di Malaysia ialah Lelong, Go­Shop, Hermo, FashionValet, dan CJWOWSHOP. Pemain tertua dalam senarai itu, Lelong yang ditubuhkan sejak lewat 90-an, merupakan satu-satunya bisnes e-dagang yang melebihi 5 juta kunjungan web bulanan pada Q3 2018.
#Tempoh paling penting untuk e-dagang
Berdasarkan data 2017, bisnes e-dagang dijangka mengalami kenaikan 30 peratus dalam lawatan web bulanan pada suku terakhir tahun ini. Suku keempat 2018 akan menjadi tempoh yang paling penting untuk pemain e-dagang kerana hampir semua kempen jualan dalam talian utama berlaku menjelang akhir tahun ini. Antara tempoh jualan yang paling penting ialah jualan 10.10, penjualan 11.11 (juga dikenali sebagai Singles Day), jualan 12.12, dan jualan akhir tahun.
Daripada perspektif jangka panjang, pengumuman Belanjawan 2019 oleh kerajaan Malaysia pada 2 November lalu akan memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor digi­tal. Antara inisiatif terbesar yang telah diumumkan adalah Cukai Digital, yang bertujuan untuk mewujudkan landskap perniagaan yang adil untuk kedua-dua e-dagang tempatan dan antarabangsa di Malaysia. Ini kerana perniagaan digital global sering mengelak daripada membayar cukai di Malaysia, atas alasan bahawa syarikat mereka tidak hadir secara fizikal di negara ini.
Oleh itu, firma-firma digital antarabangsa mengisytiharkan keuntungan mereka di negara yang mana mempunyai ibu pejabat mereka. Ini menyebabkan negara-negara seperti Malaysia kehilangan hasil cukai. Ini juga menjelaskan mengapa produk tertentu daripada laman web antarabangsa lebih murah daripada produk yang sama yang dijual oleh peniaga tempatan. Di samping itu, Cukai Digital boleh membantu me­ngukuhkan dan memperluaskan asas hasil kerajaan.
Fakta-fakta yang lebih menarik tentang 50 e-dagang teratas Malaysia boleh didapati di sini: https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Utusan Malaysia Online- 18 Jan 2019

Tanam ketum perlu kebenaran

PUTRAJAYA 17 Jan. - Menanam tumbuhan ketum tanpa kebenaran daripada pihak berwajib akan menjadi satu kesalahan di negara ini.
Perkara itu berikutan persetujuan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) agar pindaan akta berkaitan dibuat bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, oleh itu kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan diperlukan bagi penanaman tumbuhan berkenaan.

“Sebagaimana sedia maklum penanaman ketum buat masa ini adalah dibenarkan manakala apabila ianya dituai dan dijual adalah menjadi kesalahan.

“Jadi siapa hendak tanam itu perlu memohon dan tidak boleh sesuka hati,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Tambah Wan Azizah, mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum adalah tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952. 

Kata beliau, bahan itu dikawal di bawah seksyen 30, Akta Racun 1952 iaitu pengawalan bagi import, eksport, pembuatan, penjualan dan lain-lain bahan psikotropik. - UTUSAN ONLINE

Thursday, 17 January 2019

200,000 penjawat awam ditipu pinjaman koperasi?

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP)  hari ini mempercayai kira-kira 200,000 penjawat awam menjadi mangsa penipuan sebuah yayasan yang berlindung di sebalik nama koperasi.  
Perkara itu didedahkan oleh Yang Dipertua PKP,  Samsudin Mohamad Fauzi yang menerima ratusan aduan berhubung penipuan tersebut, namun hanya 18 aduan rasmi yang diterima pihaknya setakat ini melibatkan dua yayasan tersebut.  
Katanya, pihaknya pernah mengadakan perjumpaan bersama beberapa individu daripada ejen syarikat yayasan tersebut,  namun,  gagal mencapai sebarang penyelesaian. 
"Lebih mengejutkan apabila kami menjalankan siasatan terperinci mendapati yayasan tersebut bukan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak BNM menyarankan kami membuat pemeriksaan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).  
"Setelah kami mendapat maklum balas pada April tahun lalu,  SKM memaklumkan syarikat (yayasan) tersebut bukanlah sebuah badan koperasi. 
"Usaha kami tidak terhenti setakat itu sahaja malah kami membuat semakan di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  dan mendapati yayasan tersebut memiliki lesen pemberi pinjam wang dengan status lesen yang masih aktif, " katanya dalam sidang akhbar di Hotel Silka di sini hari ini.  
Sehubungan itu,  timbul tanda tanya dan Samsudin mempertikaikan bagaimana pemotongan gaji penjawat awam dapat dilaksanakan sedangkan entiti yayasan tersebut tidak pernah mendapat kebenaran berbentuk warta atau surat daripada KPKT bagi menggunakan dokumen perniagaan pembiayaan secara syariah.  
"Kita sudah menerima aduan ini sejak dari 2017 dan modus operandi mereka adalah menyasarkan penjawat awam sebagai mangsa. 
"Kenapa penjawat awam boleh tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi tersebut adalah kerana peminjam boleh mendapatkan wang tersebut dalam tempoh tiga hari sahaja.  
"Namun,  jumlah wang pinjaman tidak akan diterima 100 peratus sebaliknya peminjam terperangkap dengan pelbagai caj lain yang dikenakan selain potongan bulanan yang tidak sama seperti tertera dalam slip pembayaran bulanan," jelasnya.  -UTUSAN ONLINE

Wednesday, 16 January 2019

Samsung pamer produk baharu tahun 2019 di AS

Samsung pamer produk baharu tahun 2019 di AS: KUALA LUMPUR – Samung Electronics (Samsung) telah menganjurkan pameran CES 2019 berkaitan dengan pelbagai barangan elektrik berteknologi tinggi dengan inovasi terbaharu bagi membantu memudahkan kehidupan pengguna masa kini.



Sama2 kita nantikan produk baru dari Samsung.

Zero ft Mira Filzah Separuh Akhir - Maharaja Lawak Mega 2018

Wany Hasrita ke Greece bikin klip video Terlalu Memuja

Wany Hasrita ke Greece bikin klip video Terlalu Memuja: KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita bakal terbang ke Greece pada 21 Januari depan bagi menjalani penggambaran klip video untuk lagu terbaharunya, Terlalu Memuja.

Moga kejayaan mengiringi Wany hasrita.

Monday, 14 January 2019

Apam Balik Kuhot lebih variasi, Mohamad Azmi giat luaskan pasaran, mahu kukuhkan jenama

Apam Balik Kuhot lebih variasi, Mohamad Azmi giat luaskan pasaran, mahu kukuhkan jenama: Sebut sahaja apam balik, pasti ramai menjangka isinya mengandungi gula, kacang dan jagung. Namun, seiring peredaran masa, perubahan terhadap makanan bukanlah sesuatu yang pelik. Begitulah juga yang berlaku pada apam balik versi terkini Apam Balik Kuhot yang mempelbagaikan variasi pilihan rasa dan menu...

Sape yang pernah rasa..nampak macam sedap..

Jaga postur elak sakit belakang

Jaga postur elak sakit belakang: Kira-kira 80 peratus golongan dewasa mengalami kesakitan pada bahagian bawah belakang badan dalam hayat mereka. Salah satu punca masalah sakit belakang yang berkaitan kerja adalah posisi duduk yang tidak betul.

Catat rekod pendaki teramai

Catat rekod pendaki teramai: SEKUMPULAN pendaki dari Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Shah Alam, Selangor mencipta sejarah apabila berjaya menawan puncak gunung berapi tertinggi di Indonesia, Gunung Kerinci (3,805 meter) baru-baru ini.Seramai 41 pendaki iaitu 30 pelajar dan 11 guru menyertai ekspedisi tiga hari dua malam itu sekali gus mencatatkan rekod pendaki paling ramai dari sebuah sekolah di Malaysia.

Rosli bukti kejayaan tanpa kerja makan gaji

Rosli bukti kejayaan tanpa kerja makan gaji: KUALA LUMPUR 13 Jan. - Minat berniaga sejak di bangku sekolah ba­nyak memberi manfaat kepada Pengarah Urusan Bina Integrated Industries Sdn. Bhd. (Bina Integrated), Rosli Adam dalam membina perniagaan sendiri.

Thursday, 10 January 2019

Curi wang jiran RM10: 3 beradik ditahan

Curi wang jiran RM10: 3 beradik ditahan: MELAKA 11 Jan. - Tiga adik-beradik termasuk seorang yang baru berusia 14 tahun ditahan polis selepas memecah masuk rumah jiran mereka dan mencuri wang tunai RM10 di Taman Ayer Keroh Heights di sini semalam.

Tekanan hidup mungkin membuatkan mereka bertindak begini.

Wednesday, 9 January 2019

Premis makanan tiada sijil pengesahan halal dinasihat tidak perdaya pengguna

Premis makanan tiada sijil pengesahan halal dinasihat tidak perdaya pengguna: Menjadi satu kesalahan jika sesebuah premis dimiliki oleh orang bukan Islam yang tidak memiliki sijil berkenaan mempamerkan tulisan dan bacaan ayat al-Quran.

Aruz dibuka untuk tempahan

Aruz dibuka untuk tempahan: KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah membuka tempahan bagi model terbaharunya daripada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Aruz yang akan dilancarkan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

Saya sudahpun melihat dari dekat..memang terbaik.Ruang dalam yang selesa serta rim 17 yang menawan.Ada sensor yang boleh mengesan objek di hadapan..Harga yang sangat berbaloi..

Ekspresi muzik Yuna

Ekspresi muzik Yuna: MUZIK merupakan sebuah platform universal yang mampu menjadi jambatan untuk menyampaikan cerita. Selain dianggap oleh banyak orang sebagai sekadar hiburan santai, muzik selalunya dijadikan sebagai penyendal emosi dan perasaan.

Tuesday, 8 January 2019

Semua universiti, sekolah jadi kawasan larangan merokok tahun ini

Semua universiti, sekolah jadi kawasan larangan merokok tahun ini: Selepas itu, pihak kementerian dikatakan turut sedang menimbang
kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan
hotel.

Dua kanak-kanak maut ditetak

Dua kanak-kanak maut ditetak: Kanak-kanak perempuan dan lelaki yang meninggal dunia itu masing-masing berusia empat tahun dengan setahun dua bulan.