Saturday, 9 March 2019

Proton kuasai 12.7 peratus pasaran pada Februari.

KUALA LUMPUR 6
Mac –Proton Holdings Bhd. (Proton) mencatat pendaftaran jualan
kende­raan sebanyak 5,283 buah bagi Februari 2019 dengan anggaran
penguasaan pasaran sebanyak 12.7 peratus atau peningkatan tiga peratus
berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong
berkata, jualan kenderaan Proton juga meningkat sebanyak 37 peratus
tahun ke tahun dan bagi dua bulan pertama 2019, jualan Proton naik
sebanyak 42 peratus berbanding 2018.
“Pencapaian
itu sekali gus meletakkan Proton mendahului pesaing-pesaingnya dalam
peningkatan jualan untuk dua bulan berturut-turut dan terus mengukuhkan
kedudukan sebagai jenama automotif ketiga yang menjadi pilihan di
Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah
Chunrong, pendaftaran bagi model Proton X70 terus melonjak dengan
seba­nyak 2,823 buah telah didaftarkan pada Februari termasuklah 1,000
buah yang telah dise­rahkan secara serentak kepada pelanggan di seluruh
negara sebelum Tahun Baharu Cina yang lalu.
Katanya,
sehingga akhir Februari, lebih 20,000 tempahan telah diterima untuk
kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, melebihi jangkaan syarikat
dan menjadikan Proton sebagai peneraju segmen berkenaan meskipun baru
menerokai pasaran tersebut.
“Proton X70
sedang berusaha menarik minat dan sokongan padu daripada pembeli-pembeli
SUV di Malaysia. Kami sangat berterima kasih di atas jumlah tempahan
yang diterima dan akan bekerja keras mendapatkan seberapa banyak unit
untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pelanggan secepat mungkin,”
katanya.
Beliau berkata, sehingga kini
sebanyak 6,927 buah Proton X70 telah diserahkan sejak model itu
dilancarkan pada 12 Disember 2018 dan Proton telah mencatatkan rekod
baharu bagi pendaftaran model tersebut dalam tempoh tiga bulan pertama
selepas pelancarannya.
“Proton berbangga
dengan pencapaian rekod baharu yang dicatatkan bagi pendaftaran SUV
berkenaan dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancarannya,’’
katanya.
“Angka tersebut lebih bermakna
apabila jumlah itu dicapai dalam tempoh dua perayaan Krismas dan Tahun
Baharu Cina yang mengambil masa hanya 78 hari.
“Sasaran
kami seterusnya adalah memenuhi jumlah pendaftaran enam bulan dan
sepanjang tahun. Kami yakin ia dapat dicapai,” katanya.

No comments:

Post a Comment